Saturday, May 28, 2011
Thursday, May 26, 2011
I'm Happy.....
Assalamualikum semua..aku nak story morry kat sini..aku tersangatlah gembira hari ni..knp???sbb ari ni akhirnya aku dpt bertentang mata dgn SI DIA...selama ini aku asyik melarikan diri je..segan la katakan...tp hari ni for the first time I can see him face to face..sedap mata memandang..mcm org korea pon ada gak..hahaha..
thanks to my little friend kerana introduce SI DIA kat aku..mula2 mmg la my little friend ni nak kenen2 kan SI DIA ngan my sis Fana but lastly aku plak yg kene..maybe sbb aku excited kot..tp biasa la...kakak mane yg x excited bila ade kawan nak introduce seseorang kat adiknya.disebabkan terlalu excited..aku suruh kawan aku sampaikan salamku pada SI DIA..it was a joke for me tp dia take serious plak..rupa2nya my little friend ni mmg betul2 sampaikan salam aku kat SI DIA ni..and you know what...dia balas balik salam aku..hahaha..
One day tu..masa aku ngan Fana tgh panaskan enjin kereta (we're going to office), fana ckp yg dia nmpk kereta SI DIA ni..on the way antar my little friend balik umah..time tu plak aku mmg x perasan pon itu kereta SI DIA..aku plak g turun kan tingkap kereta......
paling aku x sangka ialah SI DIA park kereta kat sebelah kereta aku.masa tu hanya Allah je yang tau perasaan aku mcm mane..badanku menggeletar bila fana suruh aku tgk SI DIA..my little friend panggil aku n said that SI DIA nak tgk aku..malunye aku..segan gila..tp aku x tgk pon walaupon hati ni meronta2 nak pandang SI DIA..akhirnya bila aku nak reverse kereta aku terpaksa la tgk kiri n kanan jalan dan aku terpandang SI DIA sekali imbas..dia senyum kat aku..
Bila aku pulang je dari keje..my little friend ni bgtau yg SI DIA ni segan n malu gila..sbb SI DIA ni x pernah buat mcm tu kat mane2 pompuan...maklumla...selama ni pon dia kapel sbb pompuan yg datang kat dia..bukan dia yg datang kat pompuan tu..SI DIA ni bgtau kat my little friend yg SI DIA ni x kan buat mcm tu lg..dan x kan tegur aku lg...sbb dia malu gila..tp knp plak dia nak malu...sepatutnya aku la yg malu..ni terbalik la plak..rupa2nya SI DIA ni merajuk disebabkan perkara tu..alamak..merajuk la plak mamat ni..n akhirnya aku bgtau kat my little friend ni yg aku say sorry to him...sbb aku pon malu n segan yg teramat sgt...seluruh badanku menggigil sampai la kat opis...nak buat keje pon susah..kene cool down dulu...
lps kejadian tu..aku rasa bersalah sgt2..patutke aku buat mcm tu kat SI DIA..haih la..pening kepala aku memikirkan perkara ni..sehinggalah aku ambil keputusan utk berjumpa ngan dia..tp hasratku x kesampaian until my little friend invite us for lunch at her house..kat mane???kat Damansara Damai...time tu aku rasa mcm happy sgt...my little friend said that SI DIA pon pegi gak..alhamdulillah....terima kasih Ya Allah..akhirnya peluang utk aku berjumpa dgn SI DIA face to face termakbul gak..
My little friend said that he will wait at MMU bus stop at 10 am...tp sampai kul 10.30 SI DIA dan kawan2nya x muncul2 lg..and at last aku ngan kawan2 ku decide nak g isi minyak dulu...lps isi minyak kami tggu kat tepi Petronas Cyber tu..but kelibat dorang still x nmpk lg..akhirnya tepat kul 11.00 barulah dorang sampai kat Petronas tu...naik Pesona rupa2nye..
bila dia nmpk kami..SI DIA pon dtg ke kereta kami n say sorry sbb terlewat & membuatkan kami tertunggu2...SI DIA pon tya if kami tau jln nak g ke rumah my little friend ni..mmg kami x tau la kan..at last SI DIA kata just follow dorang..so..kami follow je la..masa ni la aku nmpk dia dgn jelas...mmg la x sehensem ANUAR ZAIN but sedap mata memandang..pakai snowcap lg...dah mcm org korea..
sampai je kat umah my little friend ni...kami pon duduk la ramai2..tp SI DIA ni asyik bersembang ngan family my little friend ni...aku x berkesempatan pon utk berbual2 ngan dia..hrmm..maybe x de rezeki kot..bila masing2 selisih..aku pandang lantai...dia pon pandang lantai...n terus jln..Ya Allah...ape aku nak buat ni...I think I'm in love with him...bila lah aku akan jmpa ngan SI DIA lg..lg pon 31/5 ni aku dah nak balik Perak...maybe sebulan...2 bln or selama2nya...ayah suruh balik n cari keje kat Perak..but hopefully aku dpt meneruskan keje aku kat Cyberjaya ni...and of course to see HIM everyday...
P/S utk SI DIA..hopefully lps ni kita dpt berjumpa lg..saya x tau la sama ada awak suka kat saya ke x...saya sedar saya ni x lawa...byk kekurangan..tp harap2 kita boley jadi kawan baik..
P/S for me...enough yana...sedar la diri tu sikit..maybe ko dah bersedia utk bercinta utk kali kedua..tp dia suka ke kat ko walaupon dia kata ko tu cute(for the first time ade org ckp aku cute..hahaha..)..klu ade jodoh ko ngan SI DIA tu ade la..x kan kemana2..TUHAN tu maha Adil dan Maha Berkuasa..teruskan berdoa utk apa2 saje...di dunia dan di akhirat..
Rahsia Disebalik Waktu Solat & Perubahan Alam...
Setiap peralihan waktu solat sebenarnya menunjukkan perubahan tenaga alam ini yang boleh diukur dan dicerap melalui perubahan warna alam.
• Subuh
Pada waktu Subuh alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh.
Jadi warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar/rezeki dan komunikasi. Mereka yang kerap tertinggal waktu Subuhnya ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki.
Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum (keserentakan ruang dan masa) - dalam erti kata lain jaga daripada tidur. Disini juga dapat kita cungkil akan rahsia diperintahkan solat diawal waktu.
Bermulanya saja azan Subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum. Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonan pada waktu rukuk dan sujud. Jadi mereka yang terlewat Subuhnya sebenar sudah mendapat tenaga yang tidak optimum lagi.
• Zuhur
Warna alam seterusnya berubah ke warna hijau (isyraq & dhuha) dan kemudian warna kuning menandakan masuknya waktu Zohor. Spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan sistem penghadaman. Warna kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan keceriaan. Jadi mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat Zuhurnya berulang-ulang kali dalam hidupnya akan menghadapi masalah di perut dan hilang sifat cerianya.. Orang yang tengah sakit perut ceria tak ?
• Asar
Kemudian warna alam akan berubah kepada warna oren, iaitu masuknya waktu Asar di mana spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, ovari dan testis yang merangkumi sistem reproduktif. Rahsia warna oren ialah kreativiti. Orang yang kerap tertinggal Asar akan hilang daya kreativitinya dan lebih malang lagi kalau di waktu Asar ni jasad dan roh seseorang ini terpisah. Dan jangan lupa, tenaga pada waktu Asar ni amat diperlukan oleh organ-organ reproduktif kita
• Maghrib
Menjelang waktu Maghrib, alam berubah ke warna merah dan di waktu ini kita kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar tidak berada di luar rumah. Ini kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis (infra-red) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka resonan dengan alam. Mereka yang sedang dalam perjalanan juga seelok-eloknya berhenti dahulu pada waktu ini kerana banyak interferens (pembelauan) berlaku pada waktu ini yang boleh mengelirukan mata kita. Rahsia waktu Maghrib atau warna merah ialah keyakinan, pada frekuensi otot, saraf dan tulang.
• Isyak
Apabila masuk waktu Isyak, alam berubah ke warna Indigo dan seterusnya memasuki fasa Kegelapan. Waktu Isyak ini menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian di mana frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalan otak. Mereka yang kerap ketinggalan Isyaknya akan selalu berada dalam kegelisahan. Alam sekarang berada dalam Kegelapan dan sebetulnya, inilah waktu tidur dalam Islam. Tidur pada waktu ini dipanggil tidur delta dimana keseluruhan sistem tubuh berada dalam kerehatan.
Selepas tengah malam, alam mula bersinar kembali dengan warna putih, merah jambu dan seterusnya ungu di mana ianya bersamaan dengan frekuensi kelenjar pineal, pituitari, talamus dan hipotalamus. Tubuh sepatutnya bangkit kembali pada waktu ini dan dalam Islam waktu ini dipanggil Qiamullail.
Demikianlah secra ringkasnya hubungan waktu-waktu solat dengan perubahan warna alam. Sungguh besar rahsia solat itu sendiri, walau kelihatan ringkas namun yg tersirat amat hebat & mengkagumkan. Allaahuakbar! Bersyukurlah atas segala nikmat & anugerah-Nya buat kita hamba yg lemah & kerdil. Bersegeralah dalam bersolat, banyak hikmah & berkat dr ibadah solat yg diwajibkan. Wallaahua'lam.
Thursday, May 12, 2011
Service Kete
Assalamualaikum...selamat pagi..skang ni aku berada di Perodua Service Centre kat Bangi..tgh tunggu kete di service...appointment kul 10 tp kete still lg kat luar...skang ni dah kul 10.30 pagi......adoi...nmpk gayanya kul 12 pon blom tentu abih service.sambil2 tu aku menjalankan tugas ku utk mengupdate blog ni supaya x terbiar bersarang tanpa cerita2 baru...disebabkan aku dah x de facebook..so ape2 saje cerita terbaru akan aku update kat sini..aku rasa tersangatlah sedih sbb terpaksa deactivate facebook tu atas sbb2 yg x dpt dielakkan....
hrmm...aku rasa boring gila kat sini...syam pon x datang lg..aku rasa mcm nak layan movie la...
ok la...bye2...
.....Will Update Something New....
hrmm...aku rasa boring gila kat sini...syam pon x datang lg..aku rasa mcm nak layan movie la...
ok la...bye2...
.....Will Update Something New....
Thursday, May 5, 2011
saje2 update...
salam semua..skang ni aku ader kat opis..tgh keje..tp boring sgt2 ari ni..internet tersangatlah slow..nak buat keje cepat pon jadi lambat...nak tggu image loading pon hampir setengah jam..ish2..sambil2 tu aku layan game ngan video kat youtube..so x de la bosan sgt...skang ni jam menunjukkan pukul 5.00 ptg..ade lg satu jam sebelum waktu balik...tp keje still gak slow..hrmm...tangan ni plak menggatal nak update blog ni..hahaha..sengal kan..
Ok lah...nak sambung buat keje..bye2..
Ok lah...nak sambung buat keje..bye2..
Subscribe to:
Posts (Atom)