I'm a single lady...i'm a single lady...mcm lagu beyonce la plak..haha..Untuk INTAN and AZIM..saya still single..saya x nak bercinta buat masa ni..nak focus on my study..even if there is someone yg saya minat...saya terpaksa hold dulu...hahah...sapa tu kan...please don't ask me..saya pon x tau sape....semua tu kuasa Allah...dia yg menentukannya...so saya x mo la korang ckp yg bukan2..nnt ape plak org lain akan fikir..saya x mo ader berlakunya salah faham...to my sis...i want to be single right now.let me feel to be single once again...let me enjoy my life with u..tp bukan ini yg saya nak coretkan di sini..
utk kawan2 semua...terutama skali bg kawan2 perempuan yg merasakan dirinya sudah angau or dah jatuh cinta dgn seseorang...especially for 3 person that i know...renung2kanlah...
sukar bg seorang lelaki memahami bahasa tubuh yg dikirim oleh seorang wanita.Jgn menyalahkan diri sendiri disebabkan si dia tidak memahami isyarat yg disampaikan..Percayalah anda akan menemui cinta yg sejati walaupon buat kali yg kedua..
Lazimnya berat bg seorang wanita utk memutuskan ikatan cinta.Apabila cinta yg sudah lama terjalin menemui titik penghujung, sudah pasti memori indah bersama berbekas di dalam ingatan..Namun kehidupan harus diteruskan dan setiap wanita masih berhak utk mengecapi nikmat cinta.Berikut adalah tips2 bg membantu wanita yg ketika ini berhadapan dgn situasi kekecewaan, namun dlm masa yg sama masih mengharapkan cinta baru..
JADI DIRI SENDIRI
Sewaktu bertemu jejaka baru yg diminati, anda mungkin terdorong untuk menjadi seseorang yg bukan diri anda yg sebenar..Misalnya anda berusaha berpenampilan sebaik mungkin..Anda boleh mengambil tindakan itu jika ia memberi kesan yang baik..Tetapi jika tindakan itu dilihat keterlaluan, mungkin ia akan membuatkan si dia berasa kurang selesa..
JANGAN PAKSA CINTA
Menjalin hubungan cinta atas dasar paksaan atau sebaliknya merupakan ekspresi drpd perasaan anda yg terlalu inginkan seseorang hadir dalam hidup..Sebaiknya ikuti kemahuan diri dan tonjolkan bakat yg anda miliki.Misalnya mempunyai kehidupan yg menarik dan melakukan perkara yg membawa anda keluar dr lingkaran rutin harian.Beri masa utk anda mengenali diri sendiri dan cuba fahami kemahuan yg diimpikan..Jgn menaruh harapan pada seorang jejaka sahaja(memandangkan anda tidak tahu status perasaannya terhadap anda).Ambil peluang utk mengenali lebih ramai jejaka utk elak sejarah lama berulang.
SANTAI DAN TENANG
Sebahagian besar lelaki tidak selesa dgn wanita yg bersikap agresif, manja berlebihan, mengongkong dan suka ambil tahu hal org lain..Belajarlah bersantai dan bertenang dalam apa jua keadaan.Ini kerana lelaki tidak gemar "teman wanitanya" memiliki sikap diluar jangkaan.Jika anda melakukan perkara yg bersifat telus, pasti si dia akan menghargainya..Ingat..kebanyakan lelaki akan mencari teman yg boley membuatkan hatinya tenang..
PERBEZAAN KOMUNIKASI
Sukar bg seorang lelaki memahami bahasa tubuh yang dikirim seorang wanita.Jangan menyalahkan diri sendiri disebabkan si dia tidak memahami isyarat yg disampaikan.Kesamaran bahasa tubuh seperti senyuman akan membuat si dia tidak yakin dengan diri anda sekali gus membuatkan hatinya tertanya2 mengenai keikhlasan anda.
JIWA YG TELUS
Kata org wanita mencari pasangan utk mengisi kekosongan fikiran dan melengkapkan kehidupan.Berbanding wanita yg berjiwa kosong, dia hanya mencari teman lelaki semata2 utk menggoda, nafsu dan ingin memiliki rasa diperlukan.Lihatlah diri anda dan tya mengapa anda memerlukan cinta si dia. Jika anda inginkan satu perhubungan yg selesa, pastikan jiwa dan fikiran berada dlm keadaan yg normal..
JANGAN MENDUAKAN CINTA
Tiada seorang pon yg inginkan dirinya dipermainkan..Jgn melayan perasaan takut bahawa anda akan dipermainkan. Lelaki yg baik akan menghormati teman wanitanya. Jika anda tidak serius dlm percintaan, segera putuskan ikatan cinta. Sebaliknya, jika anda menyenangi dirinya, si dia akan segera menghormati diri anda.
JAGA TINGKAH LAKU
Antara perkara penting bg golongan ADAM ialah mereka tidak selesa berada dlm kelompok wanita yg sering menimbulkan masalah..Mereka juga tidak akan menunggu masa yg lama utk meninggalkan wanita seperti itu. Jadi jgn takut utk membantu si dia meningkatkan harga dirinya.Lelaki sama seperti wanita iaitu sering berasa tidak aman dalam kebanyakan situasi hubungan.Jika si dia bersama teman atau keluarganya, menunjukkan bahawa anda menghargai dan berasa bangga terhadap dirinya, percayalah anda akan memperoleh cinta sejati walaupon buat kali kedua.
BERI PUJIAN
Lelaki yg baik mudah mencari cinta baru. Mereka senang menemui wanita yg memiliki kesempurnaan yg sejati. Mereka akan menghargai pujian yg diberikan.Lebih2 lg drpd teman wanita. Bagaimanapun, jgn melakukannya dgn cara berlebihan.Jika dia belum berminat terhadap anda, jgn terlalu nekad mengharapkan cintanya..Sebaliknya jadilah diri anda sendiri..
HORMATI DIRI ANDA
Jgn ragu2 utk mengatakan "tidak". Jgn cuba bertahan walaupun anda tahu anda tidak mampu. Jika anda berasa perlu meninggalkannya, bererti dia bukan lg teman hidup yg serasi.Tetapi anda juga tidak boleh berasa ragu utk mengatakan "ya"..
BATAS HUBUNGAN
Jangan menunjukkan diri seolah2 anda ingin sentiasa dekat dengannya. Ingat, lelaki juga memerlukan ruang utk dirinya bernafas. Mereka menjadi kurang selesa apabila teman wanita sering mengekori kemana sahaja mereka berada.Anggaplah mereka juga mempunyai kehidupan peribadi sendiri.
p/s: semoga tips2 ni dpt memberikan inspirasi kpd kawan2 semua..
0 comments:
Post a Comment